Tenang. Kemas. Mewah tetapi tidak keterlaluan. Itulah tiga kata kunci yang menjelaskan konsep kediaman milik Salwana Mohd. Sapri, 44, atau lebih dikenali di Instagram sebagai @ruma.puteh. Memilih pendekatan klasik moden, Salwana menggabungkan kedua-dua elemen itu untuk mencipta suasana yang serba rapi, namun tetap selesa serta mesra untuk kegiatan seharian. “Saya sukakan gaya kemas, elegan dan mewah. Fokus saya adalah pada susun atur yang praktikal serta estetik. “Saya juga sukakan suasana ruang yang malar segar dan nampak tenang. Gaya klasik moden ini memberi keseimbangan antara rupa dan fungsi,” katanya kepada Seri.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya