Pengasas Kamelia Cosmetics, Kamelia Nisha Khairul Anuar, mencipta nama bukan semata-mata kerana produknya, tetapi kerana misinya yang tulus untuk memastikan semua wanita, tidak kira latar belakang atau kemampuan kewangan mampu berasa cantik dan yakin dengan diri sendiri. Segalanya bermula secara tidak sengaja sewaktu beliau menemani suaminya menyambung pengajian di United Kingdom sekitar tahun 2014. Ketika itu, beliau tertarik dengan pelbagai produk alat solek tempatan yang bukan sahaja dijual pada harga…