Telekung lembut, sejuk

Telekung lembut, sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Awal Muharam bukan sekadar detik dalam kalendar Islam. Ia adalah simbol permulaan, refleksi diri dan peluang kedua yang dihadiahkan buat setiap insan.

Bagi wanita Muslimah, ia adalah masa untuk set semula bukan sahaja rohani, malah mengingatkan dirimu setiap langkah ke depan boleh disulami dengan niat yang suci dan setiap pakaian yang dipilih pun boleh menjadi refleksi keimanan dan kekuatan dalaman.

Awal Muharam bukan berkaitan untuk menjadi sempurna, tetapi memilih untuk jadi lebih baik dengan penuh keyakinan, kelembutan dan gaya yang mencerminkan ketenangan jiwa.

Bercakap soal gaya yang menyatu indah dengan ibadah, saya perkenalkan koleksi terbaharu dari jenama tempatan, Emerald Exclusive. Koleksi Telekung SARA bukan sekadar cantik, tetapi buat hati rasa tenang sebaik sahaja menyarungkannya.

Diperbuat daripada Premium Satin Airflow yang tidak perlu gosok, materialnya yang ringan, lembut dan sejuk menjadikan setiap kali solat sebagai satu pengalaman yang mewah tetapi selesa.

Bayangkan solat subuh dengan telekung yang beralun, ada kilauan halus dan tidak panas langsung.

Telekung SARA hadir lebih daripada 10 warna yang semuanya menarik. Dari Off White yang suci, Dusty Pink yang manis, hingga ke Gold Brown dan Blueblack yang nampak classy tetapi tetap bersahaja.

Jika dirimu jenis yang suka warna elegan tapi tidak terlalu menonjol, Silver Grey,

Black dan Burgundy adalah pilihan tepat. Setiap satu didatangkan bersama beg pouch sepadan, sesuai dijadikan hadiah untuk diri sendiri, kawan baik, ibu, mentua dan sesiapa sahaja.

Untuk wanita yang suka bercuti, ini adalah pilihan terbaik. Material tidak perlu digosok ini sangat memudahkan. Tidak perlu risau berlipat-lipat dalam bag. Hendak pergi umrah atau sekadar balik kampung, Telekung SARA ni memang sahabat terbaik. Free size dan sesuai sehingga saiz 2XL, dengan muka lycra berkualiti tinggi yang memegang cantik semua bentuk muka.

Awal Muharam ini, mulakan tahun baharu Hijrahmu dengan penuh makna. Biar setiap sujud terasa lebih khusyuk, dan setiap helaian kain yang menyentuh tubuh menjadi simbol kelembutan, kekuatan dan keteguhan hati seorang wanita Muslimah moden.

SARA bukan sekadar telekung. Ia adalah perisai lembut seorang wanita yang tahu keinginan dalam beribadah, gaya dan dalam hidup.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×