Isteri main TikTok, suami terabai

Isteri main TikTok, suami terabai

Isteri menghabiskan masa dengan siaran langsung di TikTok sehingga suami rasa kesunyian.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Isteri saya suka buat siaran langsung di TikTok. Saya okey, cuma kadang-kadang rasa terabai. Balik kerja, anak-anak saya urus. Dahulu dia buat siaran langsung sekejap-sekejap sahaja, sekarang hampir setiap malam. Siang saya kerja, malam saya urus anak. Masa untuk keluarga sudah lama tidak ada.
suami tersisih

JAWAPAN
Keluarga adalah anugerah yang tidak ternilai. Ia menjadi tempat berteduh, berkongsi kasih sayang dan saling memberi sokongan. Namun, dalam kesibukan seharian tidak dinafikan wujud cabaran dalam mengurus keluarga dengan seimbang. Justeru, pendekatan yang bijaksana sangat diperlukan untuk memulihkan kembali keharmonian rumah tangga yang semakin pudar. Langkah yang boleh dilakukan seperti berikut:

Berkomunikasi – Berbincang dengan isteri mengenai perasaan anda tanpa menyalahkannya. Jelaskan dengan tenang bagaimana keadaan ini memberi kesan kepada perasaan dan hubungan keluarga. Pastikan ia menjadi perbincangan dua hala, di mana isteri juga dapat berkongsi tujuan dan perasaannya.

Mengenal pasti keperluan – Tentukan keutamaan dan keperluan bersama dalam keluarga. Susun atur masa mengikut keperluan seperti tiga hari siaran langsung, empat hari fokus kepada keluarga.

Beri sokongan – Jika isteri sedang menjalani aktiviti yang disukai seperti siaran langsung TikTok cuba berikan sokongan. Ini akan membina hubungan yang lebih sihat di mana anda memberi ruang kepada minat peribadi masing-masing tanpa mengabaikan tanggungjawab bersama.

Cipta rutin keluarga – Atur masa dengan ahli keluarga seperti makan malam bersama, menonton televisyen atau bercakap mengenai perihal hari masing-masing. Rutin ini memberikan peluang untuk merapatkan hubungan tanpa gangguan kerja atau aktiviti peribadi.

Jaga kesihatan emosi – Jangan ragu untuk berkongsi perasaan dengan pasangan. Kesihatan emosi yang baik untuk suami akan membantu mencipta suasana rumah tangga yang lebih bahagia. Jika perlu, luangkan sedikit masa untuk aktiviti yang menenangkan diri seperti bersenam, meditasi atau meluangkan masa dengan kawan-kawan.

Belajar untuk menghargai – Berikan penghargaan kepada usaha isteri dalam bidang yang diceburi dan tunjukkan penghargaan terhadap segala pengorbanan yang dilakukannya untuk keluarga. Ini juga menunjukkan anda menyokongnya sebagai individu.

Cari waktu berkualiti – Selain masa dengan keluarga, jaga waktu berkualiti berdua. Pasangan mungkin tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya sepanjang masa, tetapi waktu bersama yang bermakna dapat menguatkan hubungan yang mulai pudar.

Pendekatan yang bijaksana serta sikap saling memahami dapat membuka ruang menyeimbangkan keperluan peribadi dan keluarga, sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×