Kediaman ini hanya berkeluasan 730 kaki persegi namun setiap ruang tampil lapang, cerah dan kelihatan luas. Susun atur dan pemilihan tema yang tepat membuatkan setiap sudut tidak padat walaupun selepas mengenakan aksesori pada beberapa bahagian. Menurut Farah Pidah Abdul Hadi, 39, rumah sewanya itu berlatarkan konsep Scandinavian Moden yang mengetengahkan perabot rotan dan tona cerah bagi menampilkan ilusi luas dan tidak serabut pada keseluruhan ruang. Konsep yang dipilih itu juga…