African bullfrog comel di mata pemilik

African bullfrog comel di mata pemilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebanyakan wanita memiliki rasa geli terhadap haiwan amfibia berikutan teksturnya yang berlendir dan lembik.

Namun, berbeza dengan Syazlin Hafisya Mohammad Hasni, 25, yang menjadikan katak kerbau Afrika atau African bullfrog sebagai haiwan kesayangannya.

Katanya, katak itu tidak seperti spesis lain kerana saiznya yang besar dan berwajah garang.

Tetapi di matanya, haiwan dipanggil Jiraiya itu tetap comel apatah lagi dengan sifatnya yang tahan lasak.

“Ekspresi wajah katak ini unik, sekali gus dapat menggambarkan keakrabannya dengan pemilik,” katanya kepada Seri.

Dalam pada itu, Syazlin Hafisya berkata, African bullfrog bersifat karnivor dan memerlukan diet tinggi protein bagi pertumbuhannya.

Malah, haiwan itu mempunyai selera makan yang besar termasuk boleh menelan mangsa yang lebih besar daripadanya.

“Jiraiya makan tikus putih bersaiz kecil di samping serangga seperti lipas dan anak-anak ikan,” katanya.

“Bagaimanapun, saya sentiasa kawal pemakanannya supaya tidak obesiti akibat makan secara berlebihan,” katanya. Selain memastikan diet yang seimbang, dia turut menambahkan suplemen kalsium dan vitamin untuk mengelakkan masalah tulang rapuh serta kekurangan nutrisi.

 

PENJAGAAN

Dari segi penjagaan pula, African bullfrog g memerlukan habitat dengan air bersih diikuti suhu antara 20 hingga 28 darjah celcius. Selain itu, ia mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran kering dan basah.

“Selain itu, ia juga memerlukan ruang yang luas untuk berenang dan bersembunyi bagi mengurangkan tekanan,” katanya.

Katanya, pemantauan kesihatan sentiasa ilakukan terhadap Jiraiya bagi memastikan haiwan kesayangannya itu tidak terdedah kepada jangkitan kulit dan masalah pernafasan.

Dia turut membelanjakan sebanyak RM50 sebulan bagi kos penjagaan dan pemakanan Jiraiya.

 

MIRIP SUARA KERBAU

Menurut Syazlin Hafisya, African Bullfrog mempunyai kebolehan menghasilkan bunyi mirip suara kerbau dan lembu.

Dari segi personaliti pula, katanya, haiwan peliharaannya itu tidak mempunyai perasaan untuk bermanja bersama pemilik.

Dalam masa sama, katanya, spesis katak itu boleh membesar sehingga dua kilogram dan jangka hayat yang lebih panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×