Suami kantoi tonton video lucah

Suami kantoi tonton video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Suami saya kantoi tonton video lucah. Saya sangat tertekan dan kecewa dengan sikap suami.
Bagaimanapun, suami seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap saya dan anak-anak. Apa yang perlu saya lakukan untuk bantu suami?

Isteri dilema

JAWAPAN

Dalam perkahwinan, kepercayaan dan rasa hormat adalah asas utama dalam keluarga.

Namun, jika kepercayaan dikhianati, ia boleh menimbulkan masalah dalam rumah tangga menyebabkan pasangan berasa kecewa, marah dan hilang kepercayaan.

Oleh itu, penting untuk anda memahami punca masalah dan cara menyelesaikan supaya masalah dapat ditangani dengan baik. Berikut adalah beberapa langkah yang mungkin boleh membantu.

Komunikasi- Cari masa yang sesuai untuk bercakap dengan suami. Nyatakan perasaan dan kesan yang anda rasai tanpa menyalahkan atau menyerang. Cuba fahami sebab di sebalik tabiat tersebut. Adakah ia berkaitan dengan kekurangan dalam hubungan atau faktor lain? Mendengar pandangan suami boleh memberikan anda pemahaman yang jelas untuk memperbaiki perhubungan.

Beri sokongan – Bantu suami untuk mendapatkan sumber sokongan seperti sesi kaunseling atau terapi. Ini boleh membantu suami untuk mengatasi ketagihan atau mengubah tabiat secara profesional. Selain itu, perubahan gaya hidup yang sihat juga dapat mengalihkan perhatian suami dari ketagihan seperti bersukan dan aktiviti keluarga.

Tetapkan matlamat baharu – Bantu suami untuk meletakkan matlamat baharu untuk berhenti daripada kegiatan menonton bahan lucah. Berikan dorongan positif setiap kali dia berjaya menahan diri daripada menonton. Ingatkan dia tentang kepentingan hubungan yang lebih sihat dalam perkahwinan.

Belajar ilmu agama – Ajak suami menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah atau membaca buku berkaitan isu. Ingatkan dia tentang keburukan menonton bahan lucah daripada sudut agama, keluarga dan masyarakat.

Amaran tegas – Jika ketagihan berlaku secara berterusan dan menjejaskan perkahwinan, tegaskan bahawa anda tidak akan membiarkan perkara ini merosakkan hubungan dan kesejahteraan emosi. Jelaskan kepada suami bahawa tindakannya itu boleh menghancurkan rumah tangga.

Berdoa dan bersabar – Suami memerlukan masa untuk berubah, jadi bantu dia dengan penuh kesabaran. Doakan yang terbaik agar perkahwinan kalian kekal kuat dan menemui jalan penyelesaian yang baik.

Kesimpulannya, pendekatan yang penuh kasih sayang dapat membantu suami mengatasi masalah diri sekali gus dapat memperbaiki hubungan.
Kejayaan dalam rumah tangga bergantung pada usaha berterusan dan saling memberi sokongan antara suami isteri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×