Pulut ayam Thai beraroma

Pulut ayam Thai beraroma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Kali ini, Seri ingin berkongsi resipi Pulut Ayam Thai yang pasti memikat selera perkongsian Fatin Natasya Mohd. Khatib.
Gabungan ayam goreng rangup dengan pulut lembut berperisa menjadikannya hidangan yang pasti digemari ramai.
Bahan ayam goreng:
6 ketul ayam
3 sudu besar tepung beras
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 sudu besar biji ketumbar (dikisar)
2 sudu teh jintan manis (dikisar)
2 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan air
Garam secukupnya
1 sudu teh gula perang
Bahan pulut:
2 cawan pulut susu
2 cawan air (sukat separas beras)
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
Cara penyediaan
Ayam goreng
Kisar bahan ayam goreng
hingga lumat.
Gaulkan ayam dengan bahan kisar dan perap selama dua hingga tiga jam.
Gaulkan ayam dengan tepung beras dan goreng hingga garing serta masak sepenuhnya. Angkat dan toskan minyak.
Pulut
Basuh beras pulut hingga bersih dan rendam selama lima hingga 10 min
Sukat air sama paras dengan beras kemudian masukkan minyak masak dan garam, kacau sebati.
Masak pulut menggunakan dapur gas hingga airnya kering.
Kukus pulut dalam periuk pengukus selama 10-15 minit supaya pulut masak sempurna.
Sedia untuk dihidangkan.-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×