DAHULU, kalau mahu tengok gelagat manusia, lokasi yang dituju pastilah di tempat tumpuan orang ramai. Antaranya, di pusat beli belah, hospital, pasar, stesen Transit Aliran Ringan (LRT), terminal bas, kedai makan dan taman. Dalam tempoh kurang 30 minit, macam-macam mimik wajah dan situasi dapat disaksikan di depan mata. Ada anak yang dimarahi ibu, pasangan merpati dua sejoli, manakala di sudut lain pula mempamerkan riak muka monyok dan termenung mengenang nasib.…