Hidangan sambal ayam yang dikongsikan kali ini sedikit berlainan daripada resipi sambal biasa.
Bahan penting dalam resipi ini iaitu daun salam memberikan rasa dan aroma yang lebih enak dan memikat selera.
Resipi yang dikongsikan oleh Azie Yusof ini mudah dan ringkas untuk dicuba di rumah.
Bahan bahan:
8 ketul ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula perang
1/2 inci halia
1 genggam daun selasih
1 biji limau nipis (untuk perahan)
2 helai daun limau purut
Bahan kisar
(dikisar kasar)
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi hijau
1 biji bawang holland
2 batang serai
Cara memasak:
Gaul ayam bersama kunyit dan garam.
Goreng ayam hingga kekuningan dengan minyak yang sedikit.
Masukan bahan kisar dan kacau sebati.
Masukan garam, lada hitam, gula perang dan perahan limau nipis.
Akhir sekali masukan daun selasih dan daun limau purut, kacau seketika dan tutupkan api.
Sedia dihidangkan.










