Baru-baru ini, saya dijemput ke pertunjukan fesyen eksklusif Raeesa sempena koleksi Aidilfitri 2025 yang bertajuk Galleria Raya. Bertempat di showroom jenama itu di Shah Alam, acara ini adalah satu perayaan seni dan budaya yang merangkul keindahan batik dalam gaya yang penuh kemewahan dan moden. Melangkah masuk ke showroom itu, seolah-olah berada di galeri seni yang penuh cerita. Setiap rekaan bukan sekadar pakaian, tetapi kanvas hidup yang memaparkan keindahan seni batik…










