Bawa duniamu dalam beg kecil

Bawa duniamu dalam beg kecil

Ada juga poket khas untuk menyimpan kunci atau duit syiling.”
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Minggu ini, mari kita bicarakan tentang trend yang semakin mendapat tempat di hati wanita Malaysia iaitu vanity bag atau beg kecil comel yang serbaguna, minimalis dan penuh gaya.

Ya, dirimu tidak salah dengar, beg kecil ini semakin popular! Mengapa? Kerana ia bukan hanya praktikal, tetapi juga penuh dengan personaliti dan keyakinan. Sesuai untuk dirimu yang sentiasa ‘on the go’, tetapi masih mahu kelihatan fabulous!

Dan beg kecil yang menjadi pilihan hati saya minggu ini ialah Zipzip Vanity Bag dari Sometime By Asian Designers. Sometime By Asian Designers adalah jenama tempatan yang memang dikenali kerana rekaan tas tangan yang kreatif dan bergaya, hasil kolaborasi dengan pereka fesyen dan ikon Asia yang luar biasa.

Sometime By Asian Designers sentiasa mencuri perhatian dengan beg dan aksesori yang unik dan kali ini mereka memperkenalkan Zipzip Vanity Bag yang sangat comel dan versatil.Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa beg kecil? Mana nak muat barang-barang saya?

Jangan risau, beg vanity kecil seperti Zipzip Vanity Bag ini sebenarnya lebih besar daripada yang anda sangka. Bukan dari segi saiz fizikal, tetapi dari segi style statement yang dibawanya.

Beg kecil ini memberi ruang kepada dirimu untuk menjadi lebih bijak dalam memilih barang yang penting sahaja. Lagipun, siapa yang tak suka travel ringan.

Zipzip Vanity Bag yang akan dilancarkan pada 26 September ini hadir dalam sembilan tona warna menawan yang bakal memukau hatimu.

Apa yang lebih menarik, beg ini mampu memuatkan barang-barang keperluan seperti botol air kecil, dompet mini, kosmetik, minyak wangi dan buku nota kecil.

Ada juga poket khas untuk menyimpan kunci atau duit syiling. Dan poket belakang yang mudah diakses di bahagian luar sesuai untuk telefon bimbit, tiket parking atau resit yang mudah diatur dengan kemas dalam beg ini.

Lebih istimewa lagi, dirimu boleh menambah sentuhan peribadi dengan mengukir namamu di gold buckle beg ini.

Bagi wanita yang berbadan petite, dirimu akan kelihatan lebih seimbang dengan beg kecil seperti Zipzip Vanity Bag.

Gayakan dengan high-waisted jeans atau skirt, padankan dengan blaus yang sedikit longgar untuk menambah elemen santai tetapi elegan.

Beg ini juga sangat cantik digayakan sebagai beg silang yang memberi ilusi tubuh lebih tinggi. Tambah aksesori seperti subang ringkas atau cermin mata hitam untuk penampilan kasual tetapi bergaya.

Bagi dirimu yang memiliki bentuk tubuh curvy, Zipzip Vanity Bag akan memberi sentuhan elegan pada gayamu. Padankan beg ini dengan wrap dress atau jumpsuit yang menonjolkan bentuk badanmu secara elegan.

Cubalah penggayaan jaket cropped untuk menambah sedikit definisi pada pinggangmu. Pilih warna beg yang kontras dengan pakaianmu untuk menambah pop pada keseluruhan penampilan.

Wanita dengan tubuh slim pula boleh bermain dengan pelbagai siluet yang bold dan unik.

Padankan Zipzip Vanity Bag dengan oversized blazer atau trench coat untuk gaya yang sleek dan edgy. Tambah aksesori seperti rantaipanjang atau skarf untuk memberikan sedikit dimensi pada penampilanmu.

Jadi, untuk wanita-wanita Malaysia yang hebat di luar sana, mari kita raikan gaya dengan Zipzip Vanity Bag ini! Ia bukan sekadar beg kecil yang comel, tetapi simbol keyakinan dan kekuatan wanita moden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN