Siapa perlu kaunseling?

Siapa perlu kaunseling?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

RAMAI yang kata kaunselor boleh membantu kita selesaikan masalah. Sejauh mana ia benar dan adakah sesi kaunseling disediakan di pasaran percuma atau berbayar?

-PRIMA

JAWAPAN

Kaunselor membantu menyelesaikan masalah melalui sesi kaunseling, yang biasanya melibatkan perbualan mendalam antara kaunselor dan individu yang ingin mendapatkan bantuan.

Sesi kaunseling ada yang percuma dan ada juga berbayar. Berikut cara boleh dibantu kaunselor:

Sokongan emosi – Kaunselor memberikan sokongan emosi kepada individu yang sedang menghadapi masalah.

Peningkatan kemahiran mengatasi masalah – Mereka membantu membangunkan strategi dan kemahiran individu mengatasi masalah.

Kenalpasti masalah – Kaunselor membantu mengenalpasti punca masalah dihadapi individu.

Panduan mengambi keputusan – Mereka membantu membuat keputusan lebih baik dan bijak.

Terapi & intervensi – Kaunselor boleh menggunakan pelbagai teknik terapi membantu individu mengatasi.

Lokasi kaunseling

Institusi Pendidikan – Sekolah dan universiti menawarkan khidmat kaunseling percuma kepada pelajar mereka. Agensi Kerajaan – Sesetengah agensi kerajaan menyediakan kaunseling percuma kepada orang awam.

Badan bukan kerajaan(NGO) – Mungkin menawarkan kaunseling percuma atau pada kos sangat rendah.

Platform Dalam Talian – Ada platform dalam talian yang menawarkan kaunseling percuma, khususnya untuk kes-kes tertentu seperti krisis atau sokongan segera.

Antara tempat anda boleh dapatkan perkhidmatan kaunseling secara percuma adalah:
-Pusat Kaunseling Selangor
Talian Sahabat (PKS-TS) (03-5519 0500)

-Aplikasi Selangkah (Talian Sehat – 1700-82-7536 / 1700-82- 7537)
-Talian Kasih (15999)
-Talian HEAL (15555)
-Befrienders (03-79568145)
-Lppkn (03-2691 0089)
-Klinik Kerajaan

Kaunseling Berbayar:

-Kaunselor Swasta -Kaunselor yang beroperasi secara persendirian biasanya mengenakan bayaran.

-Klinik dan Hospital swasta – Klinik dan hospital menawarkan perkhidmatan kaunseling berbayar.

-Platform Dalam Talian (Ada yang kenakan bayaran).

Sekiranya berdepan masalah, usahakan mendapatkan bantuan daripada kaunselor berkelayakan (berdaftar) dan bersesuaian mengikut keperluan anda.

Kalau berkemampuan, dapatkan perkhidmatan berbayar. Semak kelayakan dan pengalaman kaunselor sebelum membuat janji temu.

Yang kurang berkemampuan dapatkan kaunseling percuma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×