MUSIM durian kembali lagi, tentunya ramai yang menjadikan raja buah ini sebagai ramuan dalam masakan.
Antaranya bubur kacang, serawa, pulut, lempuk di samping aneka kuih-muih dan kek.
Selain itu, terdapat satu lagi menu enak berasaskan durian iaitu ikan patin masak tempoyak.
Proses penyediaannya amat mudah dan boleh dicuba untuk sajian seisi keluarga pada hujung minggu ini.
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan patin
100 gram cili merah
200 gram tempoyak
4 sentimeter kunyit hidup
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan
air secukupnya
gula dan garam
CARA PENYEDIAAN
1. Kisar cili merah, tempoyak
dan kunyit hidup.
2. Kemudian masukkan bahan
kisar ke dalam periuk dan
tambahkan sedikit air.
3. Masukkan daun kesum,
bunga kantan serta gula dan
garam secukupnya.
4. Setelah mendidih, masukkan
ikan patin. Gunakan api kecil
ketika memasak.
5. Sedia untuk dihidang










