Anak suka mencarut

Anak suka mencarut

anak
Ibu bapa perlu memastikan persekitaran dalam rumah positif dan tidak menggunakan bahasa yang kasar. Anak-anak sering meniru tingkah laku orang dewasa di sekeliling mereka.-Gambar hiasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
SAYA tinggal di kawasan perumahan. Sejak anak-anak mula bergaul dengan anak jiran, saya kerap mendengar anak saya mencarut dan menggunakan perkataan kasar apabila bercakap.

Saya sangat risau kerana didikan kami bukan begitu. Apa yang perlu saya lakukan?

IBU RISAU

JAWAPAN
Anak-anak adalah anugerah Allah. Ibu bapa wajib mendidik mereka menjadi anak yang soleh. Menjaga dengan penuh perhatian dan kasih sayang supaya mereka tidak merasai kekurangan dalam keluarga.

Namun, apabila mereka meningkat remaja, persekitaran pula bakal mengubah tingkahlaku mereka. Mendapat sahabat yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai dan bagaimana pula jika mendapat sahabat yang bersikap kasar, mencarut?

Menghadapi situasi ini sangat meresahkan hati para ibu bapa bukan? Berikut beberapa langkah yang boleh diambil untuk menangani isu ini:

Berikan contoh terbaik– Ibu bapa perlu memastikan persekitaran dalam rumah positif dan tidak menggunakan bahasa yang kasar. Anak-anak
sering meniru tingkah laku orang dewasa di sekeliling mereka.

Berbincang – Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak secara terbuka. Tanyakan mengapa mereka menggunakan bahasa tersebut dan jelaskan bahawa perbuatan itu tidak baik. Terangkan kesan negatif sekiranya menggunakan bahasa kasar dengan orang lain.

Tetapkan peraturan – Sediakan peraturan yang jelas dalam rumah. Jelaskan kepada merekabahawa perbuatan tersebut tidak dibenarkan. Sekiranya mereka melanggar peraturan, hukuman yang setimpal bakal dikenakan. Gunakan pendekatan positif

– Memberi pujian kepada anak-anak apabila mereka menggunakan perkataan yang baik dan sopan. Beri galakan supaya mereka menggunakan bahasa yang baik secara berterusan.

Memantau anak-anak – Pantau pergaulan dan aktiviti mereka apabila berkawan. Sekiranya terdapat pengaruh negatif dari rakan-rakan, cuba berbincang dengan anak supaya mereka lebih berhati-hati dan kurangkan pergaulan yang tidak memberi manfaat.

Self-talk – ajar anak-anak untuk selalu mengucapkan kata-kata positif semasamereka beremosi. Bantu mereka mengenali emosi dan mengekpresikannya dengan cara yang sihat dan tenang.

Komunikasi dengan ibu bapa anak rakan – Bertemu ibu bapa rakan anak-anak sekiranya anda mendengar perbualan menggunakan bahasa kasar. Berusaha bekerjasama dengan mereka untuk memastikan anak-anak mendapat persekitaran positif.

Bantuan profesional – Sekiranya situasi di atas semakin buruk dan sukar dikawal, pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar psikologi kanak-kanak atau kaunselor yang boleh membantu anak anda mengatasi isu ini.

Sebagai ibu bapa, penting untuk menangani isu ini dengan sabar. Komunikasi terbuka dan pendekatan positif dapat membantu anak memahami kepentingan menggunakan bahasa yang sopan dan menghormati orang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×