Anak perempuan mahu teman lelaki

Anak perempuan mahu teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN 

SAYA ibu tunggal kepada dua anak perempuan berusia 12 tahun dan lapan tahun. Dilema saya sebagai ibu apabila anak mula bercerita tentang lelaki dan mahu mempunyai teman lelaki. Apa yang perlu saya lakukan? SANG BERDUKA 

JAWAPAN 

Menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bukan suatu yang mudah. Mengasuh dan mendidik anak anak yang semakin meningkat remaja juga pasti sangat mencabar. Bukan senang untuk membesarkan mereka bersendirian, jerit perit dilalui hanya tuhan sahaja yang tahu. 

Sebagai ibu, wajar apabila puan meluahkan perasaan bimbang dengan perubahan yang ditunjukkan anak. Mana tidaknya, anak yang dianggap masih kecil telah pun meningkat remaja dan mula berkongsi tentang perasaan cinta. Pasti mendebarkan hati bukan?. 

Sebagai ibu bapa, ini adalah fasa yang mana anda perlu berperanan penting untuk mengambil peluang dalam mendidik mereka tentang perhubungan yang sihat. Berikut beberapa langkah boleh dipertimbangkan dalam menangani isu ini: 

  • Betulkan mindset – Terima bahawa anak anda sedang meningkat remaja dan akur dengan perubahan itu. Raikan segala rasa yang dikongsikan dan elakkan daripada menghukumi mereka. 
  • Galakan berkongsi – Apabila anak memilih anda untuk bercerita, beri galakan kepadanya untuk terus berkongsi kerana mereka mempercayai anda. Tunjukkan bahawa anda sangat prihatin dan tidak menghakimi mereka. Bertanya soalan sekiranya tidak memahami dan menasihati secara berhemah. 
  • Menjelaskan adab berkawan – Memberi penjelasan tentang adab berkawan, batasan dalam pergaulan, berkomunikasi dan batasan peribadi yang perlu dijaga semasa berkawan. Perihal ini dapat membantu anak untuk mengetahui kepentingan pengurusan diri sebelum mereka menjalinkan sesuatu perhubungan sama ada dalam persahabatan mahupun percintaan. 
  • Menjaga harga diri – Bantu anak untuk memahami bahawa kasih sayang keluarga sangat mencukupi sehingga mereka tidak memerlukan orang lain untuk merasa bernilai dan disayangi. Letakkan batasan dalam pergaulan terutamanya yang berlawanan jenis supaya mereka memahami pentingnya keselamatan dan kesejahteraan dalam sebuah perhubungan. 
  • Pendidikan seksual – Penerangan tentang pendidikan seksual sangat penting kepada anak-anak yang sedang meningkat remaja. Jelaskan tentang perubahan mereka alami secara zikal dan emosi semasa akil baligh. Boleh juga mengajak mereka menyertai program berkaitan pendidikan seksual di sosial media atau secara bersemuka. 
  • Mengadakan aktiviti keluarga – Banyakkan aktiviti bersama keluarga atau mengikuti program-program yang dapat membina keyakinan diri.
  • Mencari sumber sokongan – Sekiranya anda merasa sukar untuk menangani isu ini bersendirian, pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada kaunselor berpengalaman dalam perkembangan kanak-kanak dan remaja.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×