MENJADI ketua pegawai eksekutif (CEO) dan usahawan makanan cilik pada usia 13 tahun, bukan tanggungjawab yang mudah tetapi perlu didepani dalam membina perniagaan dan mencorak masa depannya. Imejnya dituduh tidak selari dengan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang dikeluarkan ibunya yang juga usahawan sensasi, Datuk Seri Vida pada masa itu. Akibat beban yang tidak tertanggung, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B, 19, mengakui pernah putus asa untuk terlibat…