Risiko strok haba pada haiwan

Risiko strok haba pada haiwan

Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CUACA panas melampau bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah kepada haiwan tanpa mengira spesies.

Perkara ini sering menjadi kerisauan para pemilik haiwan kerana ia dibimbangi mendatangkan komplikasi buruk pada kesihatan haiwan.

Doktor Perubatan Veterinar, Dr. Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali berkata, kepanasan melampau bukan sahaja memberikan impak kepada manusia tetapi haiwan turut merasainya.

Umumnya antara tanda haiwan terjejas dengan perubahan cuaca, khususnya yang panas melampau ialah sikap yang bertukar daripada aktif menjadi pasif.

Antara simptom dikenalpasti ialah perubahan pada tingkah laku, peningkatan suhu badan dan pengsan. mula tidak tentu arah di mana kerap mundar-mandir, mencari tempat berteduh dan sumber air.

“Bagi tingkah laku, perubahan yang dapat dilihat pada haiwan adalah

“Selain itu, haiwan tersebut juga boleh menunjukkan tanda seperti tercungap-cungap dengan keadaan lidah terjelir dan juga sawan.

“Kebiasaanya berlaku apabila suhu persekitaran terlampau panas, di mana sebelum itu haiwan dalam keadaan sihat dan tiba-tiba menunjukkan tanda-tanda berkaitan,” katanya kepada SERI.

Realitinya tahap ketahanan pada panas bergantung pada spesies, terutama bagi haiwan jenis ular kerana habitat asal yang berbeza.

“Jenis haiwan berbeza mempunyai tahap ketahanan terhadap haba yang berbeza.

“Haiwan ini ada kelainan sikit sebab bergantung pada penyediaan habitat. Tetapi secara umumnya, tetap sama.

Sementara itu saiz dan usia turut memberi kesan kepada haiwan.

Haiwan yang lebih kecil, muda, atau yang terlampau tua lebih mudah terkesan kerana ketahanan badan yang lemah dan masalah penyakit
sedia ada (penyakit tua).

LANGKAH KECEMASAN

Bagi pemilik yang mendapati perubahan berdasarkan simptom yang boleh dilihat, mereka disarankan untuk mengambil langkah kecemasan segera sebelum bergegas ke klinik.

Kata Salehatul, langkah yang boleh dilakukan adalah dengan mengalihkan haiwan ke tempat yang lebih sejuk dan mempunyai peredaran udara yang baik seperti penggunaan kipas.

Tambahnya, pemilik juga boleh menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan air dan diletakkan pada kawasan leher, bawah badan dan ketiak.

“Bawa haiwan ke tempat yang lebih sejuk dan teduh serta mempunyai peredaran udara yang baik atau boleh gunakan kipas.

“Boleh siram atau basahkan haiwan dengan air sejuk (tanpa ais) atau gunakan kain basah untuk diletakkan pada badan.

Katanya, bagaimanapun, haiwan masih perlu mendapatkan rawatan klinik kerana langkah tersebut hanya sekadar tindakan kecemasan.

“Bawa ke klinik segera selepas langkah-langkah di atas telah dilakukan sebagai tindakan kecemasan.

CARA PENJAGAAN

Semasa cuaca panas, haiwan peliharaan ini memerlukan kepekaan dan perhatian para pemilik bagi menjamin tahap kesihatan binatang kesayangan.

Antaranya dengan memberikan penjagaan terbaik selain memastikan keperluan haiwan tersebut sentiasa dipenuhi.

Menurut Salehatul, secara umum, cara penjagaan yang boleh digunakan adalah serupa bagi setiap haiwan.

Katanya, pemilik perlu menyediakan persekitaran yang nyaman mengikut kepada keperluan haiwan peliharaan.

“Sediakan sistem pengudaraan yang baik, kawasan yang lebih sejuk seperti penggunaan pendingin hawa dan kipas serta sediakan tempat teduh yang lebih banyak.

“Selain itu, cuba untuk elakkan mereka (haiwan peliharaan) keluar ketika panas dan kerap periksa serta pantau keadaan haiwan sekiranya menunjukkan sebarang tanda.

“Segera bawa ke klinik jika ada yang tidak kena pada haiwan peliharaan berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN