Bos beremosi ganggu mood pekerja

Bos beremosi ganggu mood pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Bagaimana ingin berhadapan dengan bos yang sering beremosi? Saya mahu bekerja dengan tenang dan mahu mencari rezeki untuk keluarga. Tetapi apabila perlu berhadapan dengan bos begini, membuatkan saya tidak tenang dan kerap menjadi mangsa. Saya pernah terfikir untuk berhenti kerja tetapi saya memiliki komitmen dan tanggungjawab lain.
-SANG BERDUKA

 

JAWAPAN
Berhadapan dengan bos yang sukar mengawal emosi pasti mencabar fikiran dan minda. Malah keadaan menjadi lebih teruk sehingga boleh menjejaskan kesejahteraan serta produktiviti kerja. Berikut beberapa langkah boleh diambil, menangani situasi ini:

a)Kekal profesional – Sentiasa tenang dan santai walaupun bos anda beremosi. Jangan mudah terikut-ikut dengan emosi beliau. Berbicara dengan tenang dan fokus kepada kerja-kerja
yang perlu diselesaikan.

b)Menetapkan batasan – Tetapkan batasan yang jelas apabila berhadapan dengan bos anda. Sekiraya bos mula menaikkan suara, anda boleh membuat teguran sebegini ‘saya faham anda sedang marah, tapi saya rasa kita boleh berbincang dengan lebih baik sekiranya kita bertenang’.

c)Cari sokongan dalaman – Boleh mengadakan perbincangan dengan rakan sekerja yang boleh dipercayai. Meluahkan rasa dapat membantu anda merasa tidak bersendirian dan mungkin boleh berkongsi strategi bila berhadapan dengan situasi tersebut.

d)Sesi kaunseling – Jika syarikat anda mempunyai bahagian sumber manusia (HR), cuba mengadakan perbincangan dengan mereka. Mungkin anda boleh mendapatkan khidmat nasihat atau khidmat kaunseling profesional untuk membantu mengurangkan tekanan dan
membantu anda menangani bos yang beremosi.

e)Berkomunikasi secara terus-terang – Sekiranya keadaan memerlukan, cuba adakan perbincangan secara terus-terang dengan bos anda. Sampaikan perasaan anda dengan cara yang hormat dan konstruktif. Kadangkala, bos mungkin tidak menyedari kesan tindakan mereka terhadap orang lain.

f)Bersedia untuk mengambil tindakan lanjutan – Jika keadaan menjadi terlalu tidak tertanggung dan menjejaskan kesihatan, mungkin anda perlu mempertimbangkan pilihan lain seperti mencari pekerjaan baharu. Sediakan diri dengan kemahiran dan pengalaman yang boleh membantu anda dalam mencari peluang kerja yang lebih baik.

g)Menghadapi bos yang beremosi memang sukar, namun dengan pendekatan yang betul, anda boleh mencari cara untuk bekerja dengan lebih tenang dan berkesan.

Jika semua usaha gagal, ingat bahawa kesihatan mental dan kesejahteraan diri adalah yang paling utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×