Terapi gaya desa

Terapi gaya desa

PERMAINAN warna yang minimal membangkitkan suasana moden .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA ini, ramai peminat dekorasi yang gemar menatarias kediaman dengan elemen desa yang malar segar.

Seperti pemilik kediaman, Nurul Zarina Rosnan yang memperincikan setiap susun atur dan tatarias yang berkonsepkan rumah ladang bagi mencipta suasana ala desa.

Menariknya, sedikit elemen moden turut diterapkan bagi menjadikan ia kekal relevan sepanjang masa.

Gabungan perabot daripada rotan dan kayu, dipadankan dengan dinding polos rona putih berjaya membangkitkan suasana klasik tetapi dengan sedikit perincian moden.

ELEMEN kayu dan rotan dipadankan dengan rona dinding cerah.

Kata Nurul, pemilihan gaya itu bertepatan dengan minatnya yang amat menggemari kehidupan gaya desa dan juga elemen kayu yang sangat berkait rapat dengan alam semulajadi.

“Kelebihan konsep rumah ladang moden ialah ia menghidupkan suasana tenang dan damai kerana warna yang digunakan ialah warna-warna yang menjurus kepada rona tanah.

“Konsep ini menerapkan elemen kedesaan tetapi masih mengekalkan gaya moden,” katanya kepada Seri.

ELEMEN rotan pada kerusi makan lengkapkan gaya rumah ladang.

Walaupun keseluruhan rumah jenis dua tingkat itu ditatarias menggunakan rona-rona cerah seperti putih dan beige, namun kerja-kerja pembersihan tidak terlalu sukar.

“Rajin ialah kunci utama untuk semua rumah.

“Sama seperti rumah kami, warna terang yang kami terapkan perlukan lebih perhatian dan penjagaan,” katanya.

Nurul bersama keluarga
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×