SAMBAL udang yang pedas dengan rasa sedikit manis daripada udang yang segar sememangnya membangkitkan selera.
Cukup dimakan bersama nasi panas sahaja.
Bagi yang ingin mengadakan rumah terbuka atau makanmakan sempena Aidil tri ini, boleh mempertimbangkan menu ini memandangkan bahanbahan yang digunakan juga tidak banyak dan selalunya ada di dapur.
Resipi sambal udang petai kali ini dikongsikan oleh Cef de Partie Amari Kuala Lumpur, Muhammad Ammar Asyraf Adnan.
Menariknya, hidangan sambal ini turut menggunakan udang kering sebagai bahan utama yang menaikkan lagi rasa sambal yang lazat. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN
1 helai daun pandan (diikat)
1 batang serai (dititik)
50 gram bawang besar
(dihiris)
150 gram bawang besar
(dikisar)
30 gram belacan
20 gram udang kering
20 gram ikan bilis
100 gram cili kering (direbus
dan dikisar terlebih dahulu)
50 gram petai
10 ekor udang
Garam
Gula merah
Serbuk perasa
Minyak
CARA MEMASAK
Kisar bawang besar, udang kering, belacan dan ikan bilis.
Panaskan minyak dan tumis daun pandan bersama serai sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan bawang yang dihiris dan tumis sehingga keperangan.
Setelah itu, masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan pula cili boh dan petai yang dipotong dua.
Masak lagi sehingga pecah mnyak.
Akhir skali masuk udang dan petai (biji). Perasakan dengan gula merah, serbuk perasa dan garam mengikut citarasa masing-masing.
Sedia dihidangkan.










