Pilih gajet daripada bersama keluarga

Pilih gajet daripada bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
Suasana hari raya sekarang dah tak sama macam perayaan dulu-dulu. Anak cucu balik kampung, tapi semua menghadap telefon masing-masing. Saya rindukan suasana kemeriahan dan teringin sangat nak merasainya bersama-sama anak-anak cucu.
-Nenek sedih.

JAWAPAN
Sambutan Hari Raya Aidilfitri pasti dinantikan ahli keluarga di kampung. Melihat anak menantu dan cucu-cucu di perantauan pulang untuk meraikan perayaan bersama-sama. Terbayang gelak tawa ketika memasak di dapur diikuti jeritan cucu-cucu bermain di halaman rumah. Pasti kita menginginkan suasana seperti ini.

Namun, kebanyakan individu kini lebih mengutamakan gajet berbanding meluangkan masa berborak dengan ahli keluarga. Balik kampung, tetapi lebih memilih mengasingkan diri dengan aktiviti sendiri. Walaupun ramai di dalam rumah, namun masing-masing sibuk dengan gajet. Orang tua yang melihat pasti berkecil hati.

Saya memahami apa yang dinyatakan puan. Perubahan budaya dan teknologi telah mengubah kemeriaahan menyambut perayaan. Oleh itu, saya kongsikan beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menciptakan pengalaman perayaan yang lebih meriah bersama anak cucu:

a) Komunikasi terbuka – Berbincang mengenai perasaan dengan anak cucu secara terbuka. Jelaskan kepentingan meraikanSyawal bersama-sama ahli keluarga. Tambah nilai dalam perhubungan agar suasana kemeriahan itu dapat dirasai bersama.

b) Aktiviti bersama – Libatkan semua ahli keluarga dalam aktiviti seperti memasak, bermain permainan tradisional dan berkongsi cerita keluarga.

c) Hadkan gajet – Tetapkan had masa penggunaan gajet semasa di kampung mengikut persetujuaan bersama. Simpan gajet agar setiap aktiviti yang dijalankan mendapat perhatian sewajarnya.

d) Memori dan tradisi – Puan boleh memperkenalkan kenangan dan tradisi keluarga kepada anak cucu. Ceritakan kisah-kisah perayaan masa lalu. Selain itu, ajak anak cucu untuk melawat jiran dan saudara-mara di sekitar kampung.

e) Keterlibatan aktif – Libatkan anak cucu dalam aktiviti mengemas rumah. Beri mereka peluang menghias rumah datuk nenek dengan tema perayaan yang diingini kerana akan membuatkan mereka lebih teruja dan seronok untuk meraikan perayaan bersama-sama.

Semoga perkongsian ini dapat membantu puan sekeluarga menikmati Aidilfitri yang lebih bermakna. Kesempatan berkumpul bersama keluarga adalah kenangan terindah yang harus dinikmati kita semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×