malu suami tak kerja

Malu suami tak kerja

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
SUAMI dibuang kerja dan saya sangat tertekan.

Macam-macam rasa bermain dalam fikiran saya sehingga mengganggu rutin harian.

Bagaimana berhadapan dengan keluarga sebab saya malu sangat jika keluarga tahu status suami.

YANG MALU.

JAWAPAN
Kesetiaan isteri diuji disaat suami sudah tidak mempunyai apa-apa, manakala kesetiaan suami diuji saat mempunyai segalanya.

Pasangan yang saling mencintai kerana Allah pasti akan bersama-sama mengharungi ujian bersama-sama.

Jika suami seorang yang beriman, biarpun memiliki kekayaan akan tetap setia dengan isteri tercinta dan jika isteri seorang yang beriman, biarpun suami dibuang kerja atau hilang pendapatan, dia pasti tetap setia bersama suami sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha.

Saya memahami dengan apa yang dirasai puan. Betullah, rasa malu nak berhadapan dengan keluarga terutamanya apabila suami yang sepatutnya menjadi ketua keluarga hilang punca pendapatan.

Walaubagaimanapun, suami puan bukanlah seorang yang tidak mahu bekerja. Kehilangan kerja dek kerana kekangan syarikat yang ingin mengurangkan kos, berbeza dengan suami yang tidak mahu berusaha untuk bekerja.

Berikut beberapa tips untuk puan berlapang dada dengan dugaan ini:

Bantu suami mencari pekerjaan baru – Elakkan daripada mencari kesalahan pasangan dan bantulah suami untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Bantu semak resume atau sediakan sokongan emosi dan moral yang diperlukan.

Elakkan berkongsi perihal keluarga – Selagi mampu, elakkan daripada berkongsi perihal keluarga dengan orang luar. Sekiranya tidak mampu,
pastikan orang yang dicari adalah orang yang pakar seperti kaunselor. Bukan semua dapat memahami situasi yang dihadapi, khuatir akan mengeruhkan hubungan puan sekeluarga.

Mengadakan perbincangan – Ajak keluarga berbincang. Sekiranya berkeperluan untuk keluarga mengetahui status suami, bincang dengan
keluarga sebaik mungkin. Yakinkan mereka bahawa status ini sementara sahaja dan suami juga sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain untuk menampung keluarga. Elakkan daripada menceritakan keburukan pasangan agar keluarga tidak memandang serong dengan pasangan anda.

Pengurusan kewangan – Kekangan kewangan akan mulai terasa apabila mata pencarian dari suami sudah tiada. Isteri perlu bijak menyusun atur perbelanjaan harian. Bincang bersama suami mengenai keperluan pulang ke kampung, sekiranya terdapat lebihan wang bolehlah pulang menjenguk keluarga. Pastikan pilihan itu tidak membebankan.

Berdoa – Perbanyakan berdoa agar suami sentiasa dimurahkan rezeki. Mohon agar dilapangkan hati supaya dapat menjadi isteri yang ikhlas dalam membantu meringankan bebanan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×