Kaji kewajaran kanak-kanak ada media sosial - Utusan Malaysia

Kaji kewajaran kanak-kanak ada media sosial

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Isu mengenai kewajaran kanak-kanak dan bayi ada media sosial, pernah saya kongsikan dalam kolum ini sebelum ini. Individu yang memperkenalkannya dalam kalangan si cilik ini pun, bukan budak-budak tetapi orang dewasa dan selalunya dibuat oleh ibu bapa sendiri.

Bila seorang buat dan tiada apa-apa teguran dan tindakan dikenakan, ia jadi biasa dan normal. Hinggakan kita pula yang rasa aneh kalau anak kita tidak ada akaun.

Ada dalam kalangan kawan saya membukakan akaun untuk anaknya, tetapi kerja kemaskini segala status bukan anaknya, tetapi dialah yang buat.

Menurutnya dia terpaksa berbuat demikian berikutan job peragaan diterima banyak melalui media sosial. Kalau aktif dan update setiap hari, bermakna kewujudannya di rasai.

Agensi lebih mempercayai bakat yang memiliki akaun aktif dan berhubung secara aktif dengan pengikut-pengikutnya. Itu ‘hukum’ yang perlu kita akur di zaman siber ini.

Kalau tidak aktif dan tidak berupdate, seseorang itu dianggap pasif, seolah-olah tidak ada life dan memboringkan. Maka job payah nak lekat.

Untuk memenuhi hal berkenaan, konten sekadar lakonanlah yang selalu dikongsi untuk tatapan pengikut-pengikut anaknya, supaya sentiasa kelihatan laku dalam industri walaupun dia mengakui, kerja mengupdate segala cerita dan aktiviti setiap hari itu, memenatkan.

Hari ini sedikit tuah buat kawan saya apabila berkemampuan mengupah pihak ketiga membuat konten untuk anaknya dengan upah RM50 untuk tiga bahan setiap hari. Cukuplah daripada tak ada.

Isu kanak-kanak yang mempunyai akaun media sosial ini, memerlukan sokongan dan campur tangan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, organisasi dan komuniti.

Pihak berwajib boleh mempertimbangkan pelaksanaan sekatan umur atau mengawal selia kandungan dalam talian yang tidak sesuai selain mengadakan kempen kesedaran risiko penggunaan media sosial.

Banyak sebab sebenarnya ibu bapa membenarkan anak mereka tidak kira bayi atau kanak-kanak memiliki akaun berkenaan.

Kajilah punca dan sebab yang mendorong mereka berbuat demikian.

Pada masa sama ibu bapa pun mestilah proaktif dan benar-benar serius dalam memantau penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak mereka.

Jangan kedekut sebaliknya ambil tahu mengenai kawalan atau perisian penapisan untuk mengehadkan pendedahan anak kepada kandungan yang tidak sesuai.

Garis panduan saja tidak cukup tanpa pemantauan dan tindakan. Begitupun saya percaya dalam banyak alasan diberikan ibu bapa dan kanak-kanak ini terhadap akaun dimiliki, sekatan atau halangan yang mendedahkan mereka kepada scammer, buli siber dan jenayah siber ini mesti ada.

Carilah solusi. Kalau pembuli canggih dan moden, pihak berwajib, wajib lebih canggih daripada mereka.

Penatlah dengar cerita pembuli dan scammer tak pernah tertangkap dan mangsa terus jadi mangsa tanpa dibela.

Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Rencana Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×