Wanita Nigeria cipta rambut palsu terpanjang dunia

Wanita Nigeria cipta rambut palsu terpanjang dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEORANG wanita dari Nigeria memahat namanya dalam Rekod Dunia Guiness selepas berjaya mencipta rambut palsu paling panjang di dunia.

Helen Williams meraih gelaran itu apabila menghasilkan rambut palsu buatan sendiri berukuran 351.28 meter.

Menurut Helen, dia menghabiskan masa selama 11 hari, selain membelanjakan kirakira AS$2,493 (RM11,599) untuk mencipta rambut palsu itu.

Dia mula-mula membuat lapisan bawah rambut palsu dengan jaring topi dan kain hitam yang dilekatkan pada topi keledar basikal.

Helena kemudian menyiapkanrambut palsu itu menggunakan 1,000 ikatan rambut, 12 tin semburan rambut, 35 tiub gam rambut dan 6,250 klip rambut.

“Mencari bahan membuat rambut palsu terpanjang bukanlah mudah seperti disangka.

“Namun pengalaman saya dalam industri rambut palsu banyak membantu saya dalam menyiapkan tugas mencabar ini,” katanya.

Helen bekerja sebagai pereka rambut palsu profesional selama lapan tahun.

Dia mampu menghasilkan sekitar 50 hingga 300 unit rambut palsu dalam seminggu.

“Sepanjang karier, saya pernah melatih beratus-ratus pelajar dan menghasilkan ribuan rambut palsu,” katanya.

Meskipun mempunyai pengalaman begitu luas, proses penghasilan rambut palsu yang mencatatkan rekod dunia itu bukan kejayaan mudah baginya.

RASA PENAT

“Ada masanya, saya berasa sangat penat. Bagaimanapun, rakan dan keluarga sentiasa memberi galakan.

“Saya tak mahu mengecewakan mereka, jadi saya kekal fokus, bersemangat dan percaya dengan rezeki.

“Akhirnya, saya mampu menghasilkan rambut palsu buatan sendiri terpanjang di dunia,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran dan dugaan besar dihadapinya,

Helen memaklumkan berdepan kesukaran semasa mencari ruang untuk meletakkan rambut palsu secara memanjang dan mengukurnya dengan tepat.

TERUJA DAN GEMBIRA

Ini kerana, katanya, hampir semua lokasi dikunjunginya termasuk beberapa trek larian tidak cukup panjang dan sesuai untuk memuatkan rambut palsu dihasilkannya.

Bagaimanapun, Helen akhirnya meletakkan rambut palsu itu bersebelahan kawasan Lebuhraya Lagos-Abeokuta, yang merupakan jalan raya besar menghubungkan bandar Lagos dan Abeokuta.

Helen kini menyimpan rambut palsu itu di pejabatnya dan mempelawa sesiapa sahaja untuk melihat ciptaan tersebut pada
bila-bila masa.

Helen mengakui amat gembira dan teruja sebagai pemegang\ Rekod Dunia Guinness.

“Setiap tahun saya membaca buku Rekod Dunia Guinness. Sudah tentu, pencapaian terbaharu dinobatkan sebagai pemegang rekod dunia
mengambil sedikit masa untuk ‘dihadam’.

“Pengiktirafan ini antara perkara terbaik pernah berlaku pada diri saya. Malah, saya masih terkejut dengan kejayaan ini,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya