Bagi seorang pelukis yang memerlukan kreativiti sebagai asas karyanya sentiasa mahukan ilham sentiasa hadir bagai air sungai mengalir tetapi bagaimana jika musim kemarau kerana air di sungai juga berpotensi untuk kering. Sabariah Mohamed Daud, 33 atau mesra dengan sapaan Saba mengakui hakikat tersebut kerana ilham adalah penggerak kepada hasil kerja seninya. “Memang betul, ada masanya ilham kabur dan menganggu kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan mengikut jadual tetapi ada waktu saya tenggelam…