Terlalu banyak berfikir jadi stres - Utusan Malaysia

Terlalu banyak berfikir jadi stres

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Saya berasa tidak seronok dengan kehidupan saya. Saya kerap bersangka buruk dan berfikir secara berlebihan sehingga menganggu kehidupan seharian saya. Adakah itu petanda yang saya sakit mental?

AINA, PAHANG

Jawapan

Berfikir secara berlebihan atau overthinking adalah masalah psikologi yang menyebabkan seseorang individu tidak dapat mengawal pemikiran secara berlebihan.

Jika keadaan ini tidak dikawal, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan.

Berfikir secara berlebihan akan memberi kesan kepada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku.

Berfikir tanpa henti boleh menyebabkan individu itu merasa tidak tenang, gelisah dan perubahan terhadap tingkahlaku seperti tangan mengigil dan bertindak agresif sehingga menganggu rutin harian mereka.

Contoh, seorang ibu yang mengalami overthinking, tidak dapat mengawal emosi, menengking ahli keluarga dan tidak fokus dengan kerja hakiki.

Ciri-ciri yang menyebabkan seseorang mengalaminya ialah:

* Kerap memikirkan kisah silam sehingga timbul perasaan menyesal dan rasa bersalah.

* Kerap memikirkan masa hadapan yang berlebihan sehingga timbul rasa takut dan cemas.

* Terlalu memberi fokus kepada sesuatu isu dan terlalu banyak berfikir tanpa had dan masa.

Cara menangani perasaan overthinking adalah:

1. Mengenalpasti isu yang menyebabkan anda merasa terganggu. Fokus kepada jalan penyelesaian dengan mencari rakan atau kaunselor untuk perbincangan.

2. Menyedari dan akui bahawa diri sedang mengalami overthinking apabila anda mula mengigil dan berpeluh. Bertenanglah seketika dan tarik nafas secara berulang kali, sehingga anda kembali tenang.

3. Mengalihkan pemikiran dengan melakukan pergerakan yang disukai seperti menonton televisyen, mendengar radio, melukis atau bersenam.

4. Elakkan daripada menyesali dengan sebarang keputusan yang pernah anda lakukan. Belajar daripada kesilapan tersebut agar anda tidak mengulanginya lagi di masa hadapan.

5. Berkongsi perasaan dengan orang terdekat yang anda percayai. Dengan berkongsi, emosi anda akan lebih tenang dan pemikiran anda akan mulai berfikir secara waras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya