Anak suka gigit kuku - Utusan Malaysia

Anak suka gigit kuku

Cari masa bertanya punca anak tidak selesa. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anak Gelisah suka gigit kuku

SOALAN

Anak saya ada tabiat menggigit kuku, namun kebelakangan ini, ia bagaikan menjadi tabiat. Siang dan malam gigit kuku. Situasi bertambah teruk selepas saya marah dia. Apa harus saya buat?

Ibu Prihatin

Jawapan

Pada peringkat pembesaran kanak-kanak, tabiat mengigit kuku ini adalah perkara biasa. Salah satu punca tabiat ini terjadi adalah wujudnya rasa bosan dan tekanan.

Apabila kanak-kanak rasa tidak selesa dan ingin keluar daripada masalah itu, seperti dimarahi, ia boleh menjadikan kanak-kanak mula menggigit kuku. Bila mereka dimarahi setiap hari dan tabiat menggiggit kuku diteruskan, ia akan memberikan rasa bahagia dan selesa pada dirinya.

Sebenarnya fasa pembesaran ini walaupun masih normal tetapi jika dibiarkan berlarutan hingga kadar yang kerap, boleh mendatangkan kesan hingga dewasa. Tabiat ini turut dipandang buruk oleh orang lain. Apa yang boleh puan lakukan.

* Cari masa bertanya punca dia tidak selesa. Terangkan padanya tabiat itu boleh menjejaskan kesihatan kerana kuku yang kotor mengandungi kuman. Apabila tahu punca, barulah puan boleh mencari jalan mengatasinya.

* Alihkan perhatian anak kepada perkara lain jika ada rasa bosan seperti bermain bola, melukis dan sebagainya. Galak anak untuk berkongsi perasaan. Jadilah pendengar setia untuk dirinya dan jangan anggap luahan anak sebagai perkara remeh.

* Tegur tabiat tersebut setiap hari. Bawa dia ke terapi yang bersesuaian. Beri ganjaran jika anak berjaya. Mesti anak akan rasa bersemangat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×