Kawan baik talam dua muka - Utusan Malaysia

Kawan baik talam dua muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saya ada kawan rapat yang sudah saya kenal sejak 10 tahun lamanya.

Saya percaya dia kerana banyak beri idea membangunkan perniagaan saya, namun sejak saya bangkrap, saya ingin mengambil semula wang pinjaman yang pernah saya beri kepadanya dulu, dia menghilang diri.

Saya kecewa. Saya tidak sangka dia perlakukan saya sebegini rupa.

Sahabat kesal

Jawapan:

Dalam mengejar impian, pasti akan ada persaingan. Semuanya mahukan keselesaan, punya wang ringgit, kekayaan, kemasyuran dan mencapai sasaran tertentu.

Tidak mudah kita membezakan niat seseorang yang ikhlas walaupun rakan baik sendiri.

Berhati-hati dengan rahsia diri sendiri agar tidak sesuka hati diketahui orang lain yang boleh menyebabkan malapetaka.

Apa yang saudara boleh lakukan:

* Walaupun saudara rasa kecewa atas pengkhianatan itu, tetapi tidak rugi kehilangan kawan sebegitu. Hikmah terbesar dari semua ini adalah mengetahui rakan saudara itu adalah seorang yang berpura-pura.

* Barangkali menghalalkan wang pinjaman itu sukar, jadi saudara perlu belajar untuk mencari reda atas perbuatannya. Memaafkan tidak mudah tetapi jika itu yang boleh memberikan ketenangan, saudara boleh ambil masa memaafkannya.

* Disamping melihat di sisi ujian ini, saudara juga boleh memperbaiki diri dengan muhasabah diri. Dalam setiap ujian pasti terselit hikmahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×