kesan beri anak gajet

Sibuk alasan beri anak gajet

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan

Saya sibuk dengan urusan rumahtangga,saya juga ibu bekerjaya. Begitu juga suami. Disebabkan itu saya memberikan anak-anak saya telefon bimbit setiap seorang. Disebabkan zaman kini semua maklumat sekolah di dalam aplikasi whatsap,jadi bagi saya itu memudahkan saya dan mereka. Adakah tindakan saya betul?

Ibu Prihatin

Jawapan:
Trend kini kebanyakan ibubapa bekerja. Kekangan masa berada dirumah begitu juga urusan pekerjaan,membuatkan ibubapa mencari jalan mudah memberikan ruang sosial anak-anak kepada gajet. Memang zaman kini gajet adalah teknologi yang perlu dimiliki oleh semua orang,namun memberikan anak-anak di waktu usia muda tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan kepada kanak-kanak tersebut.
Apa yang boleh puan lakukan adalah:
1. Puan cuba selalu cari masa untuk berbual-bual dengan anak-anak. Jangan cipta alasan sibuk yang menjadi kekangan. Anak-anak tidak memahami ukuran sibuk ibubapa. Masa berkualiti bersama adalah lebih berharga dari kuantiti masa yang diluangkan. Biar sedikit masa tetapi ada kesan kepada jiwa mereka. Seperti bermain bersama.
2. Jika ingin mengunakan gajet sekali sekala gunakan gajet bersama sama anak-anak.
3. Elakkan menggunakan gajet semasa waktu makan. Waktu makan adalah waktu untuk kita meluangkan masa dan berkongsi cerita. Ini membantu anak-anak berkongsi cerita walau sekecil-kecil perkara.
4. Amalkan juga doa-doa pelembut hati yang Islam ajarkan agar anak-anak puan mudah mendengar kata dan mengelak perkara yang tidak diingini.

Anak liar bersosial di alam maya

Soalan

Anak saya ini merupakan anak yang baik. Dulu saya mendaftarkannya ke sekolah menengah aliran agama kerana ingin melihat dia jadi insan lebih baik. Sejak dia berpindah ke sekolah menengah baharu aliran akademik. Sikap dia berubah kepada suka menipu dan mula berkawan dengan perempuan di media sosial. Saya mengaku ada memberinya telefon kepada sejak dari sekolah aliran agama lagi . Saya ingin mengubah dia kembali berubah.

Ibu Hampa

Jawapan:

Banyak kajian yang dilakukan menyatakan penggunakan gajet secara berlebihan mendatangkan kesan yang buruk. Bukan sahaja kepada orang dewasa bahkan terhadap pengguna kanak-kanak yang di bawah umur. Gajet tidak mengenal siapa penggunanya,yang pasti kesan tetap sama. Bagi kes puan, perkembangan anak puan dari anak yang baik berubah menjadi mula menipu dan mula liar bersosial mesti ada sebab tertentu. Salah satu boleh jadi adalah penggunaan gajet tanpa kawalan. Apa yang puan boleh lakukan adalah:
1. Cari ruang sendirian bersamanya. Keluar berdua, samaada makan bersama atau bercuti. Cari persoalan yang ingin puan tanya saat tersebut.

Ada masalah? Emelkan keraguan anda kepada kami di gaya­utusan­@media­mulia.­­com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya