Musim durian masih belum berakhir, seronok juga kalau dapat makan hidangan ikan patin masak tempoyak, kan?
Disajikan pula dengan ulam-ulaman, pasti membuka selera seseorang hingga tidak sedar nasi sudah bertambah hingga dua pinggan.
Cara penyediaannya pun cukup mudah dan sesuai disajikan sebagai menu makan tengah hari mahu pun malam buat seisi keluarga.
Bahan-bahan:
2 ekor ikan patin dipotong 4
5 senduk tempoyak yang baru
7 cawan air
4 biji cili merah (dikisar halus)
segenggam cili padi merah (dikisar halus)
3 inci kunyit hidup (dikisar halus)
400 gram daun kesum
garam secukup rasa
Cara-penyediaan:
Rebuskan bahan yang dikisar seperti cili api, cili merah dan kunyit hidup.
Masukkan tempoyak, gaul sehingga rata kemudian letakkan daum kesum dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan patin yang dipotong.
Masukkan garam secukup rasa.
Masak dengan api perlahan sehingga ikan lembut dan siap untuk dihidangkan.










