Elak terjerat ketika beli-belah secara online

Elak terjerat ketika beli-belah secara online

online
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aktiviti beli-belah dalam talian atau onlin esudah menjadi sebahagian daripada rutin kita setiap hari ini. Dengan hanya beberapa klik, sekotak piza yang dipesan 15 minit lalu, kini tiba depan pintu rumah.

Malah, pembelian tiket wayang terus dihantar secara digital ke peti masuk e-mel.

Situasi ini sekali gus menuntut seseorang lebih berwaspada kerana akaun bank mereka menjadi sasaran peniaga dan penyedia perkhidmatan, bahkan turut diburu sindiket penipuan dalam talian atau scammer.

Berikut antara tips mudah bagi melindungi akaun bank anda daripada digodam ketika leka membeli-belah dalam talian.

Kata laluan kukuh

Kaedah moden menyebabkan kata laluan yang ringkas lebih terdedah untuk dipecah. Oleh itu, disarankan untuk membuat kata laluan panjang dengan sekurang-kurangnya 10 karakter bagi mengurangkan risiko terjerat jenayah siber. Elakkan daripada menggunakan kata laluan sama bagi pelbagai akaun bank atau laman beli-belah.

Elak pautan kad bank dengan akaun beli belah

Kebanyakan scammer menumpukan kepada akaun bank yang jarang digunakan. Jika mahu membuat pautan, sambungkan kad bank hanya pada kedai atas talian yang selalu dilawati. Sentiasa pastikan akaun tidak diceroboh dan tiada sebarang transaksi mencurigakan dalam sejarah pembelian.

Bayar dengan Google Play, PayPal

Buat bayaran dengan penyedia perkhidmatan seperti Google Play dan PayPal bagi mengelak maklumat data kad bank anda diketahui penjual.

Kad berasingan

Gunakan kad berasingan bagi pembelian dalam talian dengan jumlah wang yang minimum di dalamnya. Sekali pun scammer memiliki maklumat kad anda, namun mereka tidak dapat menjejaki akaun utama. Langkah terbaik adalah untuk memasukkan wang ke dalam akaun itu setiap kali sebelum membuat pembayaran dengan jumlah amaun yang cukup-cukup.

Pantau sejarah pembayaran

Aktifkan notifikasi transaksi dan periksa sejarah pembayaran secara berkala. Jika anda mengesan sebarang perbelanjaan mencurigakan, hubungi segera pihak bank kerana berkemungkinan dilakukan scammer.

Guna perlindungan boleh dipercayai

Perlindungan keselamatan yang boleh dipercayai dapat mengesan dan menyekat laman berunsurkan memancing data. Langkah ini bukan sahaja membantu melindungi data dan wang anda, malah menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.