Hipertensi ‘pembunuh senyap’ dalam kalangan wanita - Utusan Malaysia

Hipertensi ‘pembunuh senyap’ dalam kalangan wanita

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kita semua mengenali wanita yang tabah, menjaga keluarga dengan rapi dan setia melindungi orang yang mereka sayangi.

Tetapi kadang kala, ramai wanita lupa untuk menjaga diri sendiri kerana mereka begitu fokus menjaga orang lain. Disebabkan inilah, pembunuh senyap seperti hipertensi (tekanan darah tinggi) boleh datang menyelinap tanpa disedari, selain hadir bersama akibat yang serius.

Inilah senarai lima perkara yang anda perlu tahu mengenai hipertensi:

#1 Satu dalam tiga orang dewasa di Malaysia menghidap hipertensi.
Hampir 1/3 rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas menghidapi hipertensi, berjumlah 6.4 juta orang. Ini bermakna 3 dalam 10 individu dewasa sebenarnya menghidap hipertensi.

#2 Ramai orang tidak tahu mengenainya.
Angkanya berbeza-beza, tetapi lebih kurang separuh daripada orang yang menghidap hipertensi langsung tidak menyedarinya. Ini kerana hipertensi tidak menampilkan sebarang gejala, oleh itu ramai yang tidak mendapatkan rawatan.

Kebanyakan orang yang menghidap hipertensi tidak mengalami sebarang gejala. Bahkan, mereka yang mempunyai tekanan darah yang sangat tinggi juga mungkin berasakan dirinya cukup sihat. Ini sebabnya hipertensi dikenali sebagai pembunuh senyap.

#3 Jika tidak dirawat atau tidak dikawal dengan baik, hipertensi boleh menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, strok dan lain-lain penyakit kardiovaskular.
Mereka yang mempunyai tekanan darah pada tahap 140/90 mmHg atau lebih tinggi secara berterusan dianggap mengalami tekanan darah tinggi. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada otak, jantung, buah pinggang dan organ-organ lain, yang menyebabkan pelbagai komplikasi serius daripada strok atau kebutaan sehinggalah kegagalan organ seperti jantung dan buah pinggang.

Berdasarkan statistik, lelaki tiga kali lebih berkemungkinan atau cenderung untuk menghidap hipertensi, tetapi terdapat bukti menunjukkan wanita kurang berkemungkinan mencapai tekanan darah yang terkawal dan kekal berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi.

#4 Diagnosis dan rawatan awal untuk hipertensi mengurangkan risiko mengalami komplikasi.
Hipertensi boleh diuruskan dengan baik melalui gandingan perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan. Terdapat banyak jenis ubat yang tersedia dan doktor akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan anda mencapai tekanan darah yang terkawal.

#5 Periksa tekanan darah anda secara berkala untuk mengesan hipertensi.
Ramai orang yang tekanan darahnya hanya diperiksa apabila berjumpa doktor. Bagi mereka yang jarang memeriksa tekanan darah, keadaan ini akan menyebabkan masalah itu berterusan dalam tempoh yang lama tanpa dikesan. Oleh itu, kaedah terbaik ialah dengan mengamalkan pemantauan sendiri di rumah.

Kini pemantauan tekanan darah mudah dilakukan menggunakan peranti digital yang sangat mesra pengguna, dan disahkan secara klinikal untuk mengambil bacaan yang tepat. Mempunyai peranti ini di rumah turut membolehkan ahli keluarga untuk memantau tekanan darah mereka dan ia dapat membantu pengesanan hipertensi pada peringkat awal.

Pemantau tekanan darah digital boleh dibeli di farmasi. Pastikan anda meminta jenama yang disahkan secara klinikal, seperti OMRON, dan carilah ciri seperti IntelliWrap™ Cuff with 360o Cuff yang bukan sahaja mudah digunakan, bahkan menawarkan bacaan yang boleh dipercayai dan tepat.

* Registered under Act 737
* MDA Approved No:
MDAMD 0381/2022
* Advertisement Ref No:
MDA/IKLAN/2022/276

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×