Donat gebu dan lembut sudah tentu menjadi kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak.
Resipinya mudah sahaja, namun ia memerlukan teknik serta cara mengadun serta menggoreng dengan betul untuk menghasilkan donat yang benar-benar gebu dan lembut walaupun setelah sejuk atau lama digoreng.
Pemilik Instagram, Jana Kitchen berkongsikan resipi menghasilkan donat dengan cara yang betul untuk menghasilkan kuih yang cantik dan sekata.
Bahan A
200 gram (g) tepung hi protein
50 g tepung gandum
40 g gula
10 g susu tepung
5 g yis kering
1 biji telur
50 g susu sejuk
70 g air sejuk (ikut kesesuaian doh boleh tambah air)
Bahan B
35 g mentega
Sedikit garam
Cara-cara
1) Satukan bahan A dan uli sekejap untuk sebatikan
2) Tuangkan cecair sikit demi sedikit dan uli hingga sebati
3) Masukkan mentega dan garam. Uli lagi hingga dapat doh elastik
4) Uli selama 20-25 minit menggunakan mesin penguli
5) Proofing sekali dalam 30 minit
6) Dah kembang tumbukkan doh untuk keluarkan angin
7) Bahagikan setiap doh dlm 40 hingga 50 g
8) Tutup dan biarkan dalam 5 minit
9) Bulatkan dan kemaskan
10) Lepas 10 minit proofing lubangkan dengan nozzle di bahagian tengah kemudian tekan leperkan donat
11) Proofing lagi hingga donat mengembang dua kali ganda tapi jangan terlalu lama proofing
12) Sementara itu panaskan kuali terlebih dahulu dan matikan api bila dah panas
13) Bila donat kembang goreng dengan api agak perlahan. Pastikan minyak panas
14) Angkat. Bila donat suam boleh salutkan dengan gula
* Tips mendapatkan bentuk cantik, terbalikkan dua kali sahaja semasa menggoreng.










