BERPEGANG kepada prinsip tidak mudah berputus asa, seorang wanita yang juga ibu kepada tiga orang anak ini berjaya membuktikan dirinya mampu mengubah kehidupannya dan keluarga daripada ‘zero ke hero’. Kesungguhan Engku Ros Shazwani Engku Lah, 31, berniaga bermula modal kecil dengan hanya membuka khemah dan kini mampu menyewa bangunan dua tingkat iaitu butik Shazwaniey Fashion di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Selain itu, kecekalan wanita ini berniaga turut melayakkannya menerima anugerah…










