SEPANJANG bergelar ahli keluarga diraja, Puteri Diana sering dilihat sebagai seorang puteri yang bermasalah. Sisi peribadinya sememangnya berbeza dan tidak menepati kehendak serta cita rasa kerabat diraja lain. Sesungguhnya bagi Diana, tiada buku peraturan dalam kamus hidupnya untuk mengikut peranan baharunya sebagai Puteri Wales itu. Semuanya bermula semasa beliau mengandungkan anak pertama, Putera William. Diana berasa sangat sedih sepanjang tempoh kehamilan ditambah dalam usia perkahwinan yang masih baharu, dirinya dipaksa…










