AbePizza tampilkan kepingan piza cita rasa Melayu - Utusan Malaysia

AbePizza tampilkan kepingan piza cita rasa Melayu

MOHAMAD Amirul Hakim Mohd. Sanusi menunjukkan 'trademark' restoran dan tema kuning sebagai pilihan dekorasi restoran pizza miliknya di Pasir Puteh, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMULA dari ruang dapur rumahnya beberapa tahun lalu, akhirnya membawa resipi piza Melayu cetusan tersendiri seorang anak muda yang kini kukuh bersaing dengan jenama piza bertaraf antarabangsa.
Pada 15 September lalu, genap setahun operasi restoran AbePizza milik Mohamad Amirul Hakim Mohd. Sanusi yang sepanjang tempoh itu menjadi kunjungan ramai pelanggan kerana cintakan roti gebu tebal hasil ciptaannya.
Menurut pemuda berusia 25 tahun ini, kelainan roti menjadi daya tarikan pelanggan yang sebelum ini hanya menikmati roti piza mampat di pasaran, malah topping piza juga dibekalkan dengan penuh cita rasa dan memenuhi kepuasan pelanggan.
“Ramai pelanggan yang gelarkan piza keluaran AbePizza sebagai piza Melayu pertama.
“Ia mungkin hanya kebetulan hasil usaha saya mempelajari penghasilan roti dan pembikinan sos untuk toping yang kelihatan mewah dengan caj harga mampu beli,” kata siswazah Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Multimedia kepada Mingguan Malaysia, di restoran AbePizza baru-baru ini.
Sebelum berjaya membuka restoran AbePizza yang menggunakan tema warna kuning ini, dia mengakui sebenarnya pernah kecundang di peringkat percubaaan.
“Pernah terpaksa membuang lima kilogram gandum begitu sahaja setiap hari ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu,” jelasnya.
Restoran bertaraf tiga bintang itu dikendalikan tujuh pekerja dalam kalangan anak muda tempatan.
Antara menu piza di sini adalah chicken pepperoni dengan harga asas tidak termasuk tambahan topping (RM20), chicken classic (RM15), crazy cheese (RM16), Cik B (RM25), beef supreme, beef pepperoni (RM22), vegie pizza (RM15), spicy tuna dengan harga RM25 sekeping.
Burger pula yang paling eksklusif adalah Abe Burger berharga RM12.90 sekeping, burger spicy Korea ayam atau daging (RM6.90), burger special (RM6.90), burger triple special (8.90), double chesese burger (RM8.90) dan triple cheese burger RM11.90.
Bagi menu kombo french fries ditawarkan dengan harga RM2. French Fries bersama minuman Sunquick (RM4) dan french fries bersama minuman bersusu dijual pada harga RM4.50 selain sup cendawan yang enak dihirup.
Antara minuman yang dijual adalah kopi putih, teh tarik, milo dan pelbagai jus minuman.
Mohamad Amirul berkata, pembukaan sepenuhnya restoran atau makan semeja dalam restoran lengkap pendingin hawa itu akan dilakukan selepas kerajaan mengumumkan fasa endemik.
“Sekeping piza yang dijual boleh dimakan antara enam hingga lapan orang mengikut potongan yang diminta pelanggan.
“Menu dalam bahasa Inggeris namun cita rasanya 100 peratus resipi Melayu yang tidak was-was berasaskan piagam pelanggan restoran menghidangkan makanan halal yang bersih dan berkualiti,” katanya.
Setakat ini, Mohamad Amirul memberitahu, restoran berkenaan berjaya menjual sebanyak 250 hingga 300 keping piza setiap hari.
Tambahnya, resipi piza yang dihasilkan akan didaftarkan sebagai harta intelek dengan jenama AbePizza.
Dia juga bercadang untuk membuka kios berdaftar di seluruh negara namun tertangguh disebabkan kekangan PKP.
Dalam pada itu, istimewanya AbePizza buat pelanggan tetapnya adalah tawaran potongan harga sebanyak 10 peratus bukan hanya pada hari ulangtahun perniagaannya tetapi mencakupi tanggal keramat Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Maal Hijrah dan musim perayaan tertentu.
Selain itu, pihak pengurusan restoran ini juga tidak ketinggalan turun padang ke pelosok kampung berkongsi rezeki membantu asnaf yang terkesan sepanjang PKP dalam meringankan bebanan golongan tersebut.

AbePizza
Lokasi:
PT 3066 Pasir Puteh Sentral Pangkalan Pasir Puteh, Kelantan.
Laluan masuk:
Jalan utama Bypass Pasir Puteh Sentral
Operasi perniagaan:
11 pagi hingga 10 malam
Operasi sepanjang minggu selain menerima
tempahan awal

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.