Aksara ‘|’ yang juga dikenali sebagai pipe digunakan untuk menukar data daripada satu bentuk ke bentuk lain. Aksara pipe biasanya terletak bersebelahan kekunci Enter pada papan kekunci (keyboard).

Semakan

Menerusi projek tadi kita telah gunakan elemen filter pipe atau ‘|’ untuk mengubah data daripada satu bentuk ke bentuk lain.

Kaedah ini sangat ringkas dan menjimatkan masa pembangunan laman web. Anda hanya perlu letakkan arahan di kiri dan kanan pipe tanpa sebarang kod atur cara lain.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Ubah paparan date kepada 2017-08-01.

2. Ubah paparan currency kepada MYR

3. Ubah title kepada nama anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!