Secara umumnya, gelungan dalam bahasa pengaturcaraan akan melaksanakan arahan atau syarat yang diterima secara berturutan. Contohnya, syarat pertama akan dilaksanakan dahulu diikuti syarat kedua, ketiga dan seterusnya sehingga tamat.

Kesemua bahasa pengaturcaraan menyediakan beberapa pilihan gelungan yang sesuai digunakan dalam situasi yang berbeza.

Genius Corner Siri 118

Semakan

Dalam latihan minggu ini, kita telah mempelajari kaedah menggunakan dua gelung utama dalam Python iaitu While dan For.

Menerusi kaedah ketiga pula, pengatur cara boleh memasukkan gelung di dalam gelung utama bagi mencapai hasil yang diinginkan.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Gantikan blok nested for kepada nested while

2. Masukkan gelung while di dalam gelung for.

3. Ubah nilai gelung daripada 20 kepada 100 pada Latihan 3.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!