Sebuah fungsi mempunyai blok atur cara yang boleh digunakan berulang kali. Sebagai contoh, senarai nama negeri yang perlu dipapar pada setiap borang pendaftaran dalam laman web.

Menggunakan fungsi, pengatur cara hanya perlu menaip kod senarai nama negeri sekali sahaja. Fungsi tadi kemudiannya hanya perlu dipanggil oleh laman yang memerlukannya.

Semakan

Dalam latihan kali ini kita telah pelajari tiga ciri utama sesebuah fungsi iaitu fungsi itu sendiri, parameter dan return.

Sesebuah fungsi boleh ditulis tanpa menerima sebarang parameter dan boleh juga ditulis tanpa memulangkan return.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Ubah warna teks paparan sayHello().

2. Gabungkan fungsi sayHello() dan secondFunction() dalam fail yang sama.

3. Jarakkan jawapan secondFunction().

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!