Bukan sahaja untuk simpanan peribadi, malah gambar yang menarik sudah pasti dikongsi bersama rakan dan ahli keluarga lain melalui media sosial.

Malah, jika hasil gambar tersebut menarik dan berkualiti, tidak mustahil boleh dijual seterusnya menjadi sumber pendapatan sampingan.

Melalui HUAWEI nova 5T perkara tersebut tidak mustahil. Didatangkan dengan ciri-ciri terbaik seperti sudut lebar akan menghasilkan gambar yang epik dan dramatik.

Selain itu, kanta super macro membolehkan sesuatu gambar dizum sehingga empat sentimeter sekali gus memberi kebebasan untuk meneroka dan berkongsi sesuatu yang bersaiz kecil di sekeliling anda.

Ditambah pula kamera hadapan bersaiz 32 megapiksel yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) pasti menyerlahkan keindahan dan keunikan dalam setiap gambar.

SPESIFIKASI

  • Paparan: 6.26 inci
  • Prosesor: HUAWEI Kirin 980 Octa-core
  • Sistem operasi: 
EMUI 9.1 (Based on Android 9)
  • Saiz: 73.97 X 154.25 X 7.87 mm
  • Berat: 174 g
  • Memori: 8 GB RAM + 128 GB ROM
  • Kamera hadapan: 
32 MP
  • Kamera belakang: 
48 + 16 + 2 + 2 MP
  • Bateri: 3,750 mAh
  • Warna: Ungu, hitam, biru