Struktur data paling asas dalam Python ialah array. Setiap elemen array diberikan nombor kedudukan atau indeks. Indeks pertama adalah sifar (0), indeks kedua adalah satu (1) dan seterusnya.

Array merupakan struktur data paling versatil dalam Python kerana jujukan data array dibenarkan memiliki gabungan data dari jenis string, integer atau float.

Semakan

Dalam latihan minggu ini, kita telah nempelajari beberapa kaedah memanipulasi struktur data Array.

Antara kaedah yang telah dipelajari ialah mengambil data tertentu dari dalam Array, mengemas kini, memadam, serta mendapatkan jumlah data dan mendapatkan nilai terbesar.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Dapatkan data pertama dan ketiga daripada list2 dalam Latihan 1.

2. Padam data pertama list1 dalam Latihan 3.

3. Ganti max () kepada min () dalam Latihan 5.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!