Dr. Abd. Latif Mohmod

Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, Malaysia merupakan sebagai sebuah negara anggota CBD dan komited untuk melaksanakan sebanyak 17 sasaran bagi pemuliharaan kepelbagaian biologi negara (Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025).

``Sasaran 10 yang menyatakan menjelang tahun 2025, aktiviti-aktiviti perburuan, penyeludupan dan pemerdagangan hidupan liar, ikan dan tumbuhan secara haram dapat dikawal dan dikurang secara signifikan.

``Menerusi sasaran ini, tindakan 10.1 menggariskan bahawa penguatkuasan untuk membasmi perburuan haram, pembalakan haram dan pemerdagangan haram hidupan liar, ikan dan tumbuhan harus diperkukuhkan,‘’ ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyatan Abdul Hamid supaya hukuman lebih berat seperti sebatan mandatori dikenakan terhadap penjenayah yang terlibat dalam penyeludupan hidupan liar.

Abdul Hamid berkata, cadangan itu akan dibawa ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang sebagai sati inisaitif polis bagi membasmi aktiviti berkenaan.

Abdul Latif menyarankan supaya semua pihak merujuk kepada Akta 716 (Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010) Seksyen 11 yang menyatakan beberapa kesalahan yang boleh dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.

Beliau juga menyatakan bahawa Akta 686 (Akta CITES 2008), Import dan Eksport, Seksyen 10 juga menghuraikan lebih lanjut mengenai kesalahan yang melibatkan aktiviti antaranya termasuklah memburu, menyimpan, mengimport dan mengeskport bahagian hidupan liar

Mengulas perkara yang sama, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Dr. Ahmad Ismail berpendapat sudah sampai masanya hukuman yang berat dikenakan kepada pemburu haram dan penyeludup hidupan liar dan sumber hutan.

``Pihak berkuasa yang terlibat dalam salah guna kuasa membenteras perburuan haram dan penyeludupan hidupan liar juga perlu dihukum juga jika didapati bersalah, ‘‘ katanya.

Beliau berkata, kerajaan pada tahun ini menunjukkan komitmen yang tinggi dan serius dalam hal berkaitan pemuliharaan hidupan liar bermula daripada pelancaran Selamatkan Harimau Malaya memburu pemburu haram dan menghapuskan jerat serta pelancaran Tabung Selamatkan Harimau Malaya.

Di samping hukuman ke atas pesalah, beliau menyarankan supaya program pendidikan dan kesedaran diberi penekanan bagi meningkatkan keberkesanan usaha perlindungan dan pemuliharaan hidupan liar.