Beliau berkata, apa yang dikesalkan adalah tohmahan itu bukan sahaja datang daripada pihak yang memusuhi parti itu, malah ia juga disebarkan oleh ahli dalam parti.

“Saya sedih sebab tohmahan itu datang bukan sahaja daripada lawan malah orang UMNO sendiri tuduh saya macam-macam, hendak pergi Bersatu lah, tapi sampai sekarang saya masih UMNO.

“Kesetiaan saya kepada parti adalah jitu, saya tetap ahli UMNO walaupun tiada jawatan apa lagi, saya bukan boleh dijual beli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka di sebuah hotel di sini petang ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Melaka, Datuk Latipah Omar dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian, Haryaty Hamdzah.

Menurut Hishammuddin, UMNO kini berada pada tahap terbaik untuk memperkukuhkan parti di saat pihak kerajaan kini yang menghadapi pergolakan dalaman.

“Amat rugi kalau kita sesama parti yang berbalah. Masa sudah sampai untuk kita bangkit,” tegasnya. - UTUSAN ONLINE