Abdul Hakki Che Ahmad, 35, berkata, formulasi itu dilihat cukup berkesan bagi lembu-lembu yang dibela secara 'fidlot' di mana haiwan tersebut hanya makan dan tidur sahaja.

Menurutnya, bagi memastikan berat badan lembu itu makin naik haiwan tersebut akan diberikan makan sebanyak enam hingga tujuh kg. sehari.

"Dedak ini sebenarnya berasal dari Thailand dan sudah berada dipasaran lebih 15 tahun lalu. Ia telah terbukti berkesan apabila lembu-lembu yang kami bela ini naik timbangan secara 'luar biasa'.

"Namun, saya telah mengubah ubai dedak ini dengan mencampurkan beberapa jenis bijirin. Apa yang mengejutkan hasilnya lebih luar biasa," katanya ketika ditemui pemberita di ladang ternakan lembu miliknya di Bukit Tuku hari ini.

Abdul Hakki memberitahu, biasanya lembu-lembu ini akan diberikan makan dedak ubi kayu selama 90 hari sebelum dijual.

Katanya, kesan luar biasa itu membuatkan dedak tersebut semakin mendapat kepercayaan dalam kalangan penternak.

"Dedak ubi kayu seberat 40 kg. yang diprosesnya itu dijual dengan harga RM50.

"Setakat ini produk itu hanya dijual dalam kalangan penternak sahaja," katanya. -UTUSAN ONLINE