Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, tukun tiruan dilabuhkan dengan jarak kira-kira lima batu nautika dari pantai berkenaan pada kedalaman kira-kira 17 meter.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM250,000 merupakan sumbangan dana kerajaan negeri manakala baki disumbangkan kerajaan Persekutuan.

"Ini merupakan sebahagian usaha kita untuk memperkayakan sumber perikanan dan hasil laut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE