Menurut pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Cyberjaya itu, dia mula berjinak dengan pengaturcaraan sejak umur 8 tahun dengan tunjuk ajar dan bimbingan bapanya, Faizul Hidayat.

Katanya kepada Utusan Online, dia mula mempelajari bahasa pengaturcaraan Java dan sejak itu mula membangunkan beberapa perisian.

"Pengaturcaraan bukanlah satu perkara yang sukar jika kita memberikan tumpuan semasa mempelajarinya dan mengaplikasikannya.

"Aplikasi pertama yang saya bina ialah sebuah perisian yang membolehkan pengguna melukis dan mengongsikannya ke laman-laman web," ujar anak pertama dari dua beradik berkenaan.

Pada pertandingan MyDD 2017 yang berlangsung dari 11  hingga 12 Ogos berkenaan, Daniel telah membantu pasukan bapanya untuk membangunkan sebuah aplikasi untuk dijadikan penyertaan dalam pertandingan berkenaan.

Menurut Daniel, cita-citanya ialah untuk menjadi seorang pengaturcara dan penyertaannya ke dalam MyDD 2017 adalah untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. - UTUSAN ONLINE