Menurut Ketua Bahagian Teknologi dan Masyarakat SKMM, Aisharuddin Nuruddin selain daripada bantuan kewangan berjumlah RM60,000, pemenang MyDD 2017 akan diberikan bantuan teknikal serta tunjuk ajar bagaimana untuk menaiktaraf aplikasi mereka agar mempunyai daya saing yang diperlukan untuk menguasai pasaran.

Aisharuddin menambah, bagi para peserta yang yang lain, bantuan akan turut diberikan oleh SKMM dalam bentuk teknikal dan tunjuk ajar bagi membolehkan mereka menceburi bidang keusahawanan teknologi.

"SKMM telah menubuhkan sebuah makmal Internet of Things untuk membantu mereka membina perisian atau produk teknologi untuk dipasarkan.

"Jika mereka tidak mempunyai produk yang bersesuaian atau pun cukup baik mereka boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang menjadi rakan SKMM untuk membangunkan aplikasi atau produk teknologi berkenaan," ujar pada sidang media selepas tamat MyDD 2017.

MyDD 2017 telah dijuarai oleh Francis Pang, Melissa Lee dan Cheong Jin How daripada pasukan Baby Blocks yang membangunkan aplikasi My Baby.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh diikuti oleh pasukan iHorus yang dianggotai oleh Percy Chen serta Niel Chew  dan Leong Chee Wai bersama Clement Tan daripada Team Y.

Juara MyDD 2017 membawa pulang hadiah tunai bernilai AS$10,000 (RM43,000) beserta biasiswa Ijazah Nanodegree manakala pemenang tempat pertama dan kedua masing-masing membawa pulang hadiah tunai bernilai RMRM5,000 dan RM2,000 serta biasiswa Ijazah Nanodegree. - UTUSAN ONLINE