Peranti yang didatangkan dengan inovasi terkini Samsung itu disertakan paparan skin seluas 6.7 inci untuk pengalaman tontonan yang lebih memuaskan.

Selain menampilkan rekaan yang cantik dan bergaya untuk generasi digital, Samsung turut menawarkan kualiti tiga kamera yang dipertingkat, bateri lebih tahan lama serta sambungan lancar.

Presidennya, Yoonsoo Kim berkata, peranti baharu itu direka khas dengan tujuan meningkatkan interaktiviti dan komunikasi bagi penggunanya dalam menjalankan aktiviti seharian.

“Dalam era ini kami memahami ada permintaan untuk inovasi dalam dunia yang didorong oleh komunikasi visual. Ini sebabnya, Samsung mencipta Galaxy A70 baru untuk merakam 
saat-saat indah di mana sahaja dan berkongsi dengan serta- merta.

“Dengan Galaxy A70, pengguna boleh berhubung dengan keluarga, rakan dan selebriti kegemaran mereka dengan hanya merakam atau mengambil gambar dan memuat naik dalam laman sosial,” katanya.

Saat indah dapat dirakam dengan kamera depannya yang beresolusi 32 MP dan tiga kamera utama beresolusi 32MP + 8MP + 5MP (f/2.2, dengan fungsi penggambaran Scene Optimizer.

Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu biru, hitam dan putih, Galaxy A70 boleh dibeli melalui Samsung Experience Store dan wakil penjual Samsung yang sah di seluruh negara dengan harga jualan RM1,999 seunit.

Spesifikasi

  • Skrin: 6.7-inci Super AMOLED
  • Storan: 128GB
  • Memori: 6GB/8GB RAM
  • Kamera: 32MP (depan), 32MP + 8MP + 5MP (belakang)
  • Bateri: 4500mAh
  • Keselamatan: Pengecaman cap jari pada skrin
  • Warna: Biru, hitam, dan putih.
  • Harga: RM1,999