Sebagai jenama unggul dalam industri telefon pintar, Sony nampaknya enggan ketinggalan

Syarikat tersebut khabarnya melangkaui sempadan dalam rekaan bentuk telefon apabila memperkenalkan produk terbaharunya, Xperia XZ4 dengan paparan nisbah aspek 21: 9 yang merupakan inovasi terbaharu dalam pasaran telefon pintar.

Jika dilihat melalui nisbah paparan tersebut, dapat dilihat bahawa rekaan model berkenaan lebih panjang berbanding telefon pintar jenama lain.

Ini membolehkan pengguna menikmati kepuasan berganda ketika menonton video atau membaca di telefon pintar.

www.androidpit.com membayangkan telefon pintar tersebut digerakkan menggunakan cip rangkaian terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 855 dan sudah tentu memerlukan sokongan untuk rangkaian 5G.

Telefon pintar itu turut dilengkapi ciri keselamatan seperti pembaca jap jari yang dijangka kedudukannya kembali ke asal iaitu di sebelah kanan peranti.

Memahami kehendak pengguna masa kini yang seakan ‘mati tanpa telefon pintar’ mendorong Sony menggunakan bateri dengan kuasa yang lebih besar agar membolehkan perhubungan tanpa sempadan.

Spesifikasi

Paparan : 6.55 inci
Prosesor: Qualcomm 
 Snapdragon 855
RAM :6 GB LPDDR4X
Simpanan: 64 GB or 256 GB
Kamera : 3 kamera belakang satu kamera depan
Bateri :3,900 mAh